Friday, November 15, 2013

~NYANYIAN LAGU~

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI


Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

LaguKebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Lagu BangsaJohor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah olehkonduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) danliriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "Dondang Sayang", sebuah laguMelayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia tidak mempunyailirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorangkakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam BahasaInggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.


NAMA ORANG KENAMAAN

-  DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN DYMM RAJA PERMAISURI AGONG

1. DYMM SERI PADUKABAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIIII (KE – 14)
Ke Bawah DuliYang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj AbdulHalim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu),D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Tarikh dilantikmenjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .

2.DYMM RAJA PERMAISURI AGONG KE 14
DuliYang Maha Mulia Sultanah Kedah TUNKU Hjh Haminah binti Hj Hamidun


3. DYMM Sultan Johor
  D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTANISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
D.Y.M.M.telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor padahari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah .

4. DYMM SultanahJohor
D.Y.M.M RAJAZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH


5. Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor ialah Ketua Kerajaan Negeri Johor.
Menteri Besar Johor ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin  Otman.
Beliau mula bertugas sebagai Menteri BesarJohor pada tahun 1995




Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Ke 14
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Ke 14
DYMM Sultan Johor
DYMM Sultan Johor
DYMM Sultanah Johor
DYMM Sultanah Johor
YAB Menteri Besar Johor
YAB Menteri Besar Johor

~NOTA ASAS PERBARISAN TINGKATAN 1~

Asas Perbarisan
1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.

2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.
 
3)      Senang Diri
      Arahan: “Senang...diri”/“Skuad senang...diri”
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kirimenggengamnya.
 
4)      Rehatkan Diri
      Arahan : “Rehatkandiri”
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
      Arahan : “KeKanan...Lurus”
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlubergerak.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan)mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ketanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah disebelah kaki kiri.
-         Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan kesebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
-         Betulkan kedudukan.
-       Pengakap yang beradadi belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandangdepan. Arahan:“Pandang...depan”

6)      Ke kanan/ kiri Pusing
      Arahan: “KeKanan... pusing” / “Ke Kiri...Pusing”
-         Memusing kepala bahu , kaki/kiri atau kanan dan badan  sebanyak 90° ke kanan.
-     Berpusing di atastumit kaki kiri, tapak kaki kiri kanan di hadapan rata di bumi, tapak kaki kiridi belakang tumit terangkat sedikit.
-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kakikanan/kiri dalam seperti dalam kedudukan sedia.
 
7)      Kebelakang pusing
      Arahan: “ Kebelakang...pusing”
-         Seperti dengan ke kanan pusing.
-         Perbezaannya ialah memusing kepala, bahu dan badan  sebanyak 180° ke kanan.
-     Berpusing di atastumit kaki kiri, tapak kaki kiri kanan di hadapan rata di bumi, tapak kaki kiridi belakang tumit terangkat sedikit.
-     Renggangkan kakidan jaga imbangan badan dengan merapatkan peha
-     Kedua-dua lututtegang dan anggota badan yang lain diam seperti di kedudukan - Sedia

8)      Buka Barisan
      Arahan : “Bukabarisan...gerak”
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9)      Tutup barisan
      Arahan : “Tutupbarisan...gerak”
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10)  Paras
-         a) Paras ahli tinggi di tengah
-         b) Paras ahli rendah di tengah
-         c) Paras ahli tinggi di kiri
-         d) paras ahli tinggi di kanan
-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
#yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
-         Nombor : Skuadmembuat bilangan nombor dari kanan ke kiri
-         Arahan: “Dari kanan..nombor”

-Arahan : “Yang Kanan Sekali Diam…Nombor GanjilSatu Langkah Ke Hadapan, Nombor Genap Satu Langkah Ke Belakang…Gerak”

-Untukmenjadikan 3 barisan
 Arahan : “Orangyang disebelah kanan sekali diam” –dalam keadaansedia
                “Nombor ganjil ke kanan, nombor genap kekiri”
                “ Barisan kanan dan kiri…pusing”
-         Anggota yang disebelah kanan sekali di barisan hadapan diam danmenghadap ke hadapan dalam kedudukan sedia.
-         Setiap anggota yang bernombor ganjil, berpusing ke kanan pusing dansetiap anggota yang bernombor genap berpusing ke kiri pusing.
-         Diam dalam kedudukan sedia.
                       
`-Arahan:  “Jadikan 3 barisan...cepat jalan.”
-         Skuad akan jadi 3 barisan.
-         Dengan dimulakan oleh anggota bernombor ganjil, berjalan dalam masacepat dan diikuti oleh nombor genap.
-         Susun diri menjadi 3 barisan:
o  Nombor 3 ,jadi nombor 1 di tengah.
o  Nombor 5 , jadi nombor 1 di belakang.
o  Nombor 7, jadi nombor 2 dalam barisan hadapan dan seterusnya.
o  Diam dalam kedudukan sedia.
                        
11)  Keluar Baris
      Arahan: “Keluar...baris”
      -        Buatpergerakan berpusing ke kanan pusing semasa berhenti.
      `        Berjalan dalam masa cepat, 3 langkah kehadapan dan keluar barisan secara bersendirian.
-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktivitiseterusnya.


kedudukan sedia
kedudukan sedia
kedudukan senang diri
kedudukan senang diri
pusing ke belakang
pusing ke belakang
pusing ke kanan dan kekiri
pusing ke kanan dan kekiri

~PARAS TONGKAT DAN KAWAD TONGKAT~

Paraskan Skuad
1.Anggota yangtinggi berada ditepi kiri dan kanan yang rendah di tengah tengah
2.Anggota yangtinggi berada di tengah--tengah yang rendah di kiri dan kanan
3.Anggota yangtinggi berada di sebelah kanan yang rendah di sebelah kiri
4 Anggota yangtinggi berada di sebelah kiri yang rendah di sebelah kanan

Taklimat Paraskan Untuk Skuad No 1.
-- Yang tinggi ke kanan…rendah ke kiri dalamsatu barisan…..paras

-- Nombor
-- Nombor ganjilsatu langkah ke hadapan,genap satu langkah ke belakang…gerak
-- Orang yang disebelah kanan sekali diam..nombor ganjil ke kanan..genap ke
kiri…barisan kanandan kiri…..pusing
-- Jadikan tigabarisan…..cepat jalan

Taklimat Paraskan Skuad Nombor 2
-- Yang rendah ke kanan…tinggi ke kiri dalamsatu barisan…..paras

-- Nombor
-- Nombor ganjilsatu langkah ke hadapan,genap satu langkah ke belakang…gerak
-- Orang yang disebelah kanan sekali diam..nombor ganjil ke kanan..genap ke kiri…barisan
kanan dankiri…..pusing
-- Jadikan tigabarisan…..cepat jalan
Pengakap membentuk3 barisan. Pengakap pertama ( di kanan) sebagai penanda. Pengakap yang keduadalam barisan genap bergerak ke barisan tengah. Pengakap yang ketiga bergerakke barisan belakang . 3 ahli ini dikenali sebagai 1 “file”.
-Pengakap yang ke3 memberi hukuman dengan suara perlahan supaya menghadap ke hadapan.
-Pengakap yang ke4 bergerak ke belakang penanda,
-Pengakap ke 5membentuk file ke-2.
-Pengakap ke 6memberi hukuman menghadap ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan sehinggaselesai.

1.       Paras ahli tinggi di tengah
  2 Jenis Paras Yang Lainialah seperti di bawah:


        2. Paras ahli rendah di tengah
   


Kawat Tongkat
1)        Rehatkan Diri
Bahasahukuman : Baris/ Skuad…rehatkan diri

        -     Seperti keadaan rehatkan diri dalam keadaan tidakbertongkat.
-         Dalam keadaan senang diri, gerakkantangan kanan ke bahagian atas tongkat dengan kedudukan tangan bersudut 90darjah.

 2)    Senang Diri
Bahasa hukuman : Baris/Skuad...senang...diri

         -     Tangan kiri berada di sisi.
-     Angkat kaki kiri ke hadapan, paraslutut dan pada masa yang sama tolak tongkat ke hadapan dan tangan kanan kehadapan dalam keadaan lurus dengan kedudukan 45 darjah.
-       Tapak tongkat tidak berubah dan tangan kirikekal di sisi.

2)        Sedia
Bahasa hukuman : Baris/ Skuad...sedia

- Sama dengan kedudukan sedia tanpatongkat.
- Kedudukan tangan dankaki lurus, rapat ke sisi badan.
- Tumit rapat, hujung kaki dibuka 30 darjah
- Tangankiri digenggam rapat ke peha dan ibu jari lurus menghala ke tanah.
- Tangan kanan memegang tongkat denganmenggunakan ibu jari kanan, dan memegang tongkat secara cengkaman Y.
-  Tongkatdipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
-  Tapak tongkat berada di atas tanahmencecah bumi tanpa bergerak.

3)        Baring tongkat

-      Gerakkanselangkah kaki kiri ke hadapan tanpa
    hentak.
-     Pengakap menurunkantubuh secara menegak.
-     Lutut kanan bergeraksehingga mencecah tanah dan duduk di atas tumit     kaki kanan. Peha kaki kiri di paras bumi.                        
-     Tangan kiri di rusuk kirilurus ke bawah dan tangan kanan lurus selari dengan peha kanan.
-       Hujung jari kanan masih lagi mencekak pada tongkat sambilanggota lain terus pandang ke hadapan.
-       Letakkan tongkat di atas tanah kemudian bangun dan beradadalam keadaan sedia tanpa memegang tongkat.

5)      Angkat Tongkat
     -            Gerakkan selangkah kaki kiri ke hadapan tanpa hentak.
-         Pengakap menurunkantubuh secara menegak.
-         Lutut kanan bergeraksehingga mencecah tanah dan duduk di atas tumit     kaki kanan. Peha kaki kiri di paras bumi.
-         Tangan kiri di rusukkiri lurus ke bawah dan tangan kanan lurus selari dengan peha kanan.
-           Tangan kanan terus pegang sebelah atas tongkat sambilanggota lain terus pandang ke hadapan.
-           Bangun dengan tangan mengambil tongkat dengan tangan kanandan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.
-           Kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpahentak dan anggota badan lain diam dan terus pandang ke hadapan.

6)      Kalih Tongkat SemasaTurun Tongkat
-         Tangan kanan memegangtongkat dan berdiri dalam keadaan sedia.
-           Tangan kanan menolaktongkat ke kiri.
-           Tangan kirimenyambut tongkat dengan cengkaman Y.                      
-         Tangan kiri tidakdikembalikan ke sisi badan.
-         Tangan kanan diangkatapabila doa dibacakan.
-           Tangan kiri masih nmemegang tongkat.
 
7)      Hormat dengan Tongkat
                Bahasa hukuman : Hormat...tongkat
-      Bawa tangan kiri kekanan dengan membuat tanda pengakap.
-       Perutjari terlekap di tongkat dengan kedudukan selari 90 darjah

~MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA~

TAJUK: MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA
 Adat Dan Tertib
  1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
  2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
  3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
  4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
  5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
  6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
  7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
  8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
  9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera  yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut
TATACARA MELIPAT BENDERA
  1. 2 orang  petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
  2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
  3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
  4. Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.
  5. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA


  1. Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.
  2. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
  3. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.
  4. Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
  5. Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
  6. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
  7. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.
  8. Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
  9. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
10.  Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
11.  Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
12.  Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberi arahan keluar baris. 

TATACARA MELIPAT BENDERA
TATACARA MELIPAT BENDERA
TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA
TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

~ISYARAT TANGAN PENGAKAP~

ISYARAT TANGANPENGAKAP (nota Lencana Usaha)


Isyaratmenggunakan tangan adalah untuk memberi hukuman menggantikan suara atau arahanlisan.

1.     Tapak Kuda / Ladam Kuda
Pemimpinberdiri dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian, membuatdua tiga kali pergerakan bersilang tangan.



2.     Satu Barisan Panjang
Pemimpinberada dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian mendepakedua-dua belah tangan.
 




3.     Buka Barisan
Pemimpinmenggenggam tangan dan seterusnya mendepakan siku . Pergerakan pengakap adalahsama seperti pergerakan buka barisan dengan arahan lisan.



4.     Tutup Barisan
Pemimpinberada dalam kedudukan buka barisan, kemudian menggerakkan siku ke hadapan.Pergerakan pengakap adalah sama seperti pergerakan tutup barisan dengan arahanlisan.





1. Ladam Kuda
1. Ladam Kuda
2. Satu Barisan Panjang
2. Satu Barisan Panjang
3. Buka Barisan
3. Buka Barisan
4. Tutup Barisan
4. Tutup Barisan