Friday, November 15, 2013

~NYANYIAN LAGU~

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI


Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

LaguKebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Lagu BangsaJohor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah olehkonduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) danliriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "Dondang Sayang", sebuah laguMelayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia tidak mempunyailirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorangkakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam BahasaInggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.


NAMA ORANG KENAMAAN

-  DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DAN DYMM RAJA PERMAISURI AGONG

1. DYMM SERI PADUKABAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIIII (KE – 14)
Ke Bawah DuliYang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj AbdulHalim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu),D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Tarikh dilantikmenjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .

2.DYMM RAJA PERMAISURI AGONG KE 14
DuliYang Maha Mulia Sultanah Kedah TUNKU Hjh Haminah binti Hj Hamidun


3. DYMM Sultan Johor
  D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTANISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
D.Y.M.M.telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor padahari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah .

4. DYMM SultanahJohor
D.Y.M.M RAJAZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH


5. Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor ialah Ketua Kerajaan Negeri Johor.
Menteri Besar Johor ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin  Otman.
Beliau mula bertugas sebagai Menteri BesarJohor pada tahun 1995




Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Ke 14
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Ke 14
DYMM Sultan Johor
DYMM Sultan Johor
DYMM Sultanah Johor
DYMM Sultanah Johor
YAB Menteri Besar Johor
YAB Menteri Besar Johor

No comments:

Post a Comment